Friday, 22 April 2016

Kenapa Perlu Servis Penghawa Dingin


Bagi memastikan unit penghawa dingin berfungsi secara optimum dan selamat, unit perlu diservis dan diselenggara secara berkala. Berikut sebab keanapa penghawa dingin perlu diservis:-

1.Memanjangkan jangka hayat unit penghawa dingin kerana unit beroperasi tanpa beban yang tinggi. Unit yang tidak diservis terdapat kekotoran pada penyejat dan pemeluwap yang menyebabkan unit beroperasi secara tidak efisien.

2.Udara bersih dapat dikekalkan dengan mengikuti jadual untuk unit penghawa dingin diservis. Penapis udara akan dibersihkan ketika proses servis dijalakan. Penapis udara yang bersih dapat mengekalkan kualiti udara yang baik.

3.Mengelak kebocoran pada unit dalam penghawa dingin. Unit yang tidak diservis mengikut jadual boleh menyebabkan saluran air tersumbat disebabkan lumut dan habuk. ini menyebabkan air menitis ke lantai rumah anda.

4.Menjimatkan elektrik. Unit penghawa dingin yang diservis mengikut jadual dapat memastikan unit beroperasi secara cekap. ini bermaksud unit beroperasi tanpa tenaga tambahan. Tenaga tambahan/beban tambahan inilah yang boleh meningkatkan bil elektrik.

5.Kesan masalah kerosakan lebih awal. Semasa servis, juruteknik akan memeriksa unit secara menyeluruh dan sebarang masalah dapat dikesan lebih awal. Kerosakan yang lebih teruk dapat dielakan.

6.Nasihat Pakar. Semasa servis, anda boleh mendapatkan nasihat daripada juruteknik berkaitan unit penghawa dingin. Ini boleh menambahkan pengetahuan anda berkaitan penghawa dingin.

7.Keselamatan. Faktor ini amat penting untuk servis unit penghawa dingin. Ini bukan saja menjamin keselamatan unit dari segi pendawaian elektrik dan juga punca bekalan kuasa, malah keselamatan anda untuk menggunakan unit penghawa dingin ini.

Wednesday, 20 April 2016

Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan

Penghawa dingin anda mempunyai masalah seperti berikut
  • Tidak sejuk
  • 'Trip' ketika dihidupkan
  • Terdapat kebocoran
  • Berhabuk
  • Mengeluarkan bunyi luar biasa
  • dll

Sila lah hubungi syarikat kami. Kami menawarkan perkidmatan berkaitan penghawa dingin.
Antara Perkhidmatan kami:-
  • Servis dan menyelenggara penghawa dingin kediaman/pejabat.
  • Memasang dan membuka penghawa dingin.
  • Membaik pulih penghawa dingin yng tidak berfungsi secara baik.
Selain itu, syarikat kami juga turut menawarkan perkhidmatan melibatkan elektrik seperti:-
  • Pendawaian elektrik
  • Pendawaian semula elektrik
  • Pemasangan barangan elektrik seperti lampu, kipas dan lain-lain.
  • Troubleshooting dan masalah 'trip'